GEMBIRA BERSAMA PPKI


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU

Saturday 7 February 2015

Jadi cikgu PPKI kena happy........


Lama tak megemaskini blog ni yang asalnya kerja kursus semasa belajar di UPSI. Sekarang dah tamat belajar dan hanya menunggu masa untuk konvo......Bersyukur dengan rahmat Allah.... walaupun pelbagai halangan mendatang, namun akhirnya berjaya juga saya seorang ibu kepada anak pemegang kad OKU menamatkan pengajian saya.....

Sekarang....dah free dari UPSI dan nak cerita pula mengenai anak anak istimewa dan aktiviti anak istimewa saya di sekolah dan di rumah.....


Murid PPKI mudah jemu...jadi aktiviti perlu dipelbagikan.....



Inilah anak muridku.........semua happykan......cikgu sayang kamu semua....


Friday 2 December 2011

Murid Pendidikan Khas

Murid berkeperluan khas bukanlah seperti murid di aliran perdana. Semua pergerakan agak terbatas dan begitu juga dengan pemiliran mereka. Namun begitu, Allah itu amat berkuasa. Walaupun mereka kurang dalam memahami pengajaran atau pembelajaran yang melibatkan pemahaman seperti mengeja dan mengira, namun mereka mempunyai kelebihan dalam menghormati guru-guru serta mempunyai sikap penynyang dan mengambil berat di antara sesama rakan.
Saya bersyukur berpeluang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ini. Walaupun kadangkala saya berasa penat melayani karenah mereka, namun saya puas bila ada yang menunjukkan peningkatan bila sampai di penghujung tahun persekolah.

Tuesday 11 October 2011

Contoh Refleksi Pengajran(Daripada Pensyarah EL B19)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO
(Ini hanya contoh sahaja, Anda boleh menulis apa saja tentang pengalaman, situasi P&P, perasaan, kekuatan, kelemahan, masalah, positif atau negative…. dsb.)

  1. Kekuatan
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
  1. Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
            Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.
  1. Langkah Mengatasi
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

* Jangan lupa membuat kulit depan untuk fail ini dengan meletakkan
·        Logo UPSI
·        Kod dan nama kursus
·        Tajuk : RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO dan REFLEKSI
·        Nama anda
·        No. Matriks
·        Nama Pensyarah : Mohd. Nizam Nasrifan

PENGAJARAN MIKRO MURID PENDIDIKAN KHAS


Minta tolong rakan rakamkan.....guna camera cikai je......kualiti gambar tak berapa nak elok tapi bolehlah nak bagi pada pensyarah. Ambil set induksi bagi tajuk Suku Kata KV vokal a...Murid pendidikan Khas ini banyak karenahnye, tak boleh nak pakat....sesuka hati dia nak kata apa...nasib baik mereka tak keluar perkataan yang pelik-pelik....Pengalaman rakan di sekolah ni..."Kak Ju, kelas K2 ni kena hati-hati sikit....mulut laser......." Saya hairan dan bertanya kenapa..."Kita bukan boleh lebih-lebih  kalau kita nyanyi ke menari ke...nanti ada yang kata...:Cikgu ni gedikla........Tapi saya memang suka ngajar sambil nyanyi, jadi mereka dah biasa........

Sunday 9 October 2011

RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO (CONTOH)


Ini contoh RPH yang diberikan oleh pensyarah dari kump EL B19.
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO (CONTOH)

Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu (Komponen Sastera)
Tingkatan                   : 1 Anggerik
Bilangan Pelajar         : 30 orang
Tarikh                         : 09 Februari 2011
Masa                           : 8.20 – 9.40 pagi (80 minit)
Tajuk                          : Prosa Moden (Cerpen)

Hasil Pembelajaran    : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
            i)  menjelaskan ciri-ciri dan aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah cerpen
 ii) menandakan bahagian-bahagian yang menunjukkan ciri-ciri yang dibincangkan dalam contoh
    cerpen yag diberi.
(Peringatan: Hasil Pembelajaran hanyalah objektif pengajaran untuk Langkah/Aktiviti pengajaran yang dipilih/diajar itu sahaja. Bukannya objektif pengajaran untuk keseluruhan pengajaran dari set induksi hingga penutup. Objektif mestilah berbentuk perlakuan eksplisit, yang boleh diukur)
Nilai    : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang prosa moden dan jenis-jenis prosa moden         
Alat bantu mengajar:             Contoh cerpen, powerpoint      


Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 4
-          Ciri-ciri cerpen
(20 minit)
-          Guru dan murid-murid menjelaskan ciri-ciri sesebuah penulisan cerpen
-          Guru memaparkan contoh-contoh bagi setiap ciri-ciri yang dibincangkan melalui penggunaan “power point”.
-          Bersoal-jawab bagi memastikan pemahaman murid terhadap ciri-ciri yang telah dibincangkan

Nilai :
-          menghargai

Perincian Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-4
-          Guru member penjelasan bahawa sesebuah cerpen mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
-          Guru mengedarkan satu contoh cerpen pendek kepada pelajar
-          Guru meminta murid mengeluarkan pensel atau pen penanda
Minit 5-8
-          Guru membuka paparan powerpoint
-          Guru menerangkan ciri-ciri sesebuah cerpen
-          Guru memberi contoh-contoh ciri-ciri cerpen
Minit 9-14
-          Guru meminta pelajar mencari dan menandakan ciri-ciri cerpen yang dibincangkan yang terdapat di dalam contoh cerpen yang diberi
-          Guru meminta pelajar membaca kandungan ciri-ciri yang ditanda seperti yang terdapat di dalam contoh cerpen
Minit 15-20
-          Guru menjalankan perbincangan dan soal jawab bagi menguji pemahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan.
-          Guru meminta pelajar menyenaraikan semula ciri-ciri cerpen secara lisan.
-          Pelajar menjawab semua soalan yang diberikan.

Monday 3 October 2011

CONTOH RPH BAHASA MELAYU PENDIDIKAN KHAS

Kepada semua rakan yang mengajar di kelas Pendidikan Khas bolehlah ambil contoh ini untuk panduan membuat mikro atau makro teaching.........
http://www.slideshare.net/norlidahashim/rph-bahasa-melayu-micro-teaching

Sunday 2 October 2011

Belajar Mengeja.......

Saya mengambil idea dari video ini untuk mengajar anak murid saya mengeja suku kata terbuka. Apabila selalu dimulakan dengan lagu-lagu suku kata ini sedikit sebanyak murid telah dapat menghafal....Untuk pengetahuan semua...saya mengajar di Kelas Pendidikan Khas , jadi mood belajar lebih kepada nyanyian......Walaupun ramai yang berpendapat murid sepatutnya faham bukan menghafal..tapi buat masa ini bagi murid saya kaedah ini agak sesuai..apa pendapat anda semua ???????Harap dapat beri pendapat dan pandangan.....