ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
ASAS MEMBACA BAHASA MELAYU

Sunday, 9 October 2011

RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO (CONTOH)


Ini contoh RPH yang diberikan oleh pensyarah dari kump EL B19.
RANCANGAN PENGAJARAN MIKRO (CONTOH)

Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu (Komponen Sastera)
Tingkatan                   : 1 Anggerik
Bilangan Pelajar         : 30 orang
Tarikh                         : 09 Februari 2011
Masa                           : 8.20 – 9.40 pagi (80 minit)
Tajuk                          : Prosa Moden (Cerpen)

Hasil Pembelajaran    : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
            i)  menjelaskan ciri-ciri dan aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah cerpen
 ii) menandakan bahagian-bahagian yang menunjukkan ciri-ciri yang dibincangkan dalam contoh
    cerpen yag diberi.
(Peringatan: Hasil Pembelajaran hanyalah objektif pengajaran untuk Langkah/Aktiviti pengajaran yang dipilih/diajar itu sahaja. Bukannya objektif pengajaran untuk keseluruhan pengajaran dari set induksi hingga penutup. Objektif mestilah berbentuk perlakuan eksplisit, yang boleh diukur)
Nilai    : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang prosa moden dan jenis-jenis prosa moden         
Alat bantu mengajar:             Contoh cerpen, powerpoint      


Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 4
-          Ciri-ciri cerpen
(20 minit)
-          Guru dan murid-murid menjelaskan ciri-ciri sesebuah penulisan cerpen
-          Guru memaparkan contoh-contoh bagi setiap ciri-ciri yang dibincangkan melalui penggunaan “power point”.
-          Bersoal-jawab bagi memastikan pemahaman murid terhadap ciri-ciri yang telah dibincangkan

Nilai :
-          menghargai

Perincian Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-4
-          Guru member penjelasan bahawa sesebuah cerpen mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
-          Guru mengedarkan satu contoh cerpen pendek kepada pelajar
-          Guru meminta murid mengeluarkan pensel atau pen penanda
Minit 5-8
-          Guru membuka paparan powerpoint
-          Guru menerangkan ciri-ciri sesebuah cerpen
-          Guru memberi contoh-contoh ciri-ciri cerpen
Minit 9-14
-          Guru meminta pelajar mencari dan menandakan ciri-ciri cerpen yang dibincangkan yang terdapat di dalam contoh cerpen yang diberi
-          Guru meminta pelajar membaca kandungan ciri-ciri yang ditanda seperti yang terdapat di dalam contoh cerpen
Minit 15-20
-          Guru menjalankan perbincangan dan soal jawab bagi menguji pemahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan.
-          Guru meminta pelajar menyenaraikan semula ciri-ciri cerpen secara lisan.
-          Pelajar menjawab semua soalan yang diberikan.

2 comments:

  1. Maksudnya kita mesti sediakan satu RPH yg lengkap juga lah utk microteaching ni. Pas tu buat refleksi utk langkah mana yg kita pilih kan. Hrp Cikgu Ju boleh komen semula.

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut contoh yang diberi...rasanye hanya buat RPH bahagian yang nak dirakam sahaja...Tapi tajuk yang awal buat macam biasa maksudnya tajuk, kelas, masa, cuma objektifnya bukan objektif keseluruhan pengajaran sebaliknya objektif bagi bahagian mana yang nak dirakam sahaja....

    ReplyDelete